Blog

KENALI FOUNDER DAN SYARIKAT

Syed Zulkifli Syed Kassim
Founder Al-Baity Food Sdn Bhd

Bermula perniagaan ini dari 1 IMPIAN seorang anak jati Felda adalah untuk membuktikan anak felda juga boleh berjaya seperti mempunyai kereta besar, rumah besar, dan keluarga yang bahagia. Oleh yang demikian, terbina perniagaan ini daripada seorang diri dan sekarang mempunyai ramai staf.

            Pada tahun 2013, bermulalah jalinan ikatan kerjasama Founder dengan pengeluar Bihun Muslim iaitu PRODUK SUFI. Founder percaya bahawa Bihun Sufi boleh dikembangkan lagi kerana bihun merupakan makanan ruji selepas nasi. Pelbagai kaum makan bihun untuk aneka masakan mereka. Beliau seorang yang tidak mudah putus asa, dan sangat bersemangat ‘buat sampai habis’. Ini dibuktikan dimana beliau menjalankan perniagaan Produk Sufi ini seorang diri yang mana pada ketika itu beliau memasarkan bihun ke ‘outlet’ dengan menaiki Proton Saga Aeroback .

Pada tahun yang sama, beliau telah mendaftarkan perniagaan usaha sama ini atas nama “Z&Z DINAMIS ENTERPRISE” yang bermaksud Zul dan Zai. Sehingga hari ini, Z&Z Dinamis Enterprise iaitu Department Distribution telah melebarkan sayap di wilayah Pantai Timur.

            Menjelang pada bulan Ogos 2015, terbinanya satu lagi perniagaan Mart yang dinamakan Al Baity Food Market. “Al Baity” diberi namanya sempena sejarah keturunan keluarga dan ayah beliau sentiasa bercerita tentang sejarah Al Baity. Mart ini ditubuhkan selepas arwah ayahnya meninggal. Mart ini memfokuskan produk makanan Sunnah, produk Muslim, dan juga produk IKS (sejuk beku dan kering) dimana dapat membantu usahawan kecil ini memasarkan produk di kedai Al Baity Food Market. Mart ini juga dijadikan Shop Centre dimana pelanggan boleh mendapatkan semua produk Muslim di satu tempat sahaja.

            Setelah hampir 3 tahun menjalankan perniagaan Mart, dalam masa yang sama, pada bulan Julai 2018, tercetusnya idea untuk mengeluarkan produk sendiri dengan usaha sama bersama HS NADA iaitu Tuan Zaim. Produk tersebut adalah SOSEJ SEDAAP! AL BAITY.