Tentang Sosej Sedaap Albaity Food Sdn Bhd

Kenali Al Baity Food Sdn Bhd

SEJARAH RINGKAS AL BAITY FOOD SDN BHD

Bermula perniagaan ini dari impian seorang anak jati Felda, iaitu Tuan Syed Ahmad Zulkifli Bin Syed Kassim, Founder Al Baity Food Sdn Bhd, adalah untuk membuktikan anak felda juga boleh berjaya seperti mempunyai kereta besar, rumah besar, dan keluarga yang bahagia. Oleh yang demikian, terbina perniagaan ini daripada seorang diri dan sekarang mempunyai ramai staf.


Setelah dalam 8 tahun berniaga dengan pelbagai cabaran yang dihadapi, pada bulan Julai 2018, tercetusnya idea untuk mengeluarkan produk sendiri iaitu Sosej Sedaap! Al Baity.


Tercetus secara serius untuk memasarkan Sosej Sedaap! Al Baity ini dengan sambutan yang sangat baik, maka terhasillah Sosej Sedaap! Original, Blackpepper, Cheese, Pulut, Carbonara, dan Italian Herbs. Pada masa yang sama, beliau memasarkan juga Bebola Kambing Premium dan Bebola Daging Premium. Akhir sekali, tercetus idea untuk mengeluarkan Sosej Sedaap! Pack Value dan produk yang terbaru ialah sosej Kambing Premium dan Daging Premium. Nama diberi Sosej Sedaap Al Baity adalah kerana perkataan SEDAAP! itu menunjukkan kekuatan betapa lazatnya, enaknya, dan sedapnya sosej tersebut.


Sehingga hari ini, ketiga-tiga perniagaan ini masih berjalan dan membangun serta dikenali. Seterusnya lagi, beliau belajar dengan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Datuk Wira Dr Haji Azizan Bin Haji Osman dengan menghadiri kelas dan kursus-kursus yang telah diberikan.


Fokus perniagaan ini adalah untuk menjadi peneraju Produk Muslim yang berdaya saing seperti produk lain yang ada dipasaran. Maka, pembangunan dan permintaan terhadap makanan muslim meningkat, dan beliau serius dalam perniagaan sehingga hari ini telah bertukar daripada enterprise kepada Sdn Bhd menjadikan syarikat lebih sistematik iaitu Al Baity Food Sdn Bhd.

OBJEKTIF STRATEGIK.

Ketika Al Baity Food Sdn memasuki akhir kewangan 2030, kami adalah menjadi no 1 Malaysia platform online frozen Food yang mempunyai 1000 staf dengan 10 rakan niaga yang aktif.
Jualan kasar tahunan melebihi 1 Bilion dengan keuntungan bersih tahunan lebih RM 200 juta, produk menyumbang dari jualan keseluruhan Frozen Food.

VISI
Al Baity Food Sdn Bhd menyediakan rangkaian produk Sejuk Beku (Frozen Food) dengan servis penghantaran yang cepat dengan menggunakan aplikasi sistem terkini yang membimbing dan melahirkan 100,000 orang usahawan dengan berkonsepkan ‘KONGSI REZEKI’ terus ke dapur rumah dalam masa yang sama mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia di samping membantu suri rumah menjana pendapatan, Terdapat 3 bahagian utama:
- Produk – berkualiti
- Servis – Pantas & Cepat
- Sistem – Terkini Konsep Kongsi Rezeki

MISI
Menjadikan Sosej Sedaap pilihan no 1 rakyat Malaysia menjelang tahun 2025 dengan jualan RM 100 juta setahun

CORPORATE VALUE
“Sentiasa Bantu, Bagi Nilai dan Ambil Peduli”

Servis penghantaran yang pantas dalam masa 1 hari sahaja!

Keberkesanan Produk

Testimoni Pelanggan adalah keutamaan kami.

Mudah dimasak
Halal
Kualiti

Halal

Kami percaya produk yang Halal pasti digemari ramai

Pelbagai

Pelbagai pilihan variasi rasa produk untuk dirasai

Unik

Rasa setiap poduk berbeza dengan produk pasaran luar

Premium

Diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi